Follow | Home

 peeps
Shoot Anonymous


Dyo the long lost great squishy husband. Lame 17. EXO & Kaisoo stan.


NO ADVERTISEMENT ALLOWED !


I'm deadly serious =..="




AFFIES CONTACTS
FANFIC WE♥IT








Original by Dirah. Fully re-edited by nuruL.joe with the help of software Adobe Photoshop CS6 & imgur. Most of the pics source came from WeIt & Tumblr. Thousand thanks to Wana for the awesome tutorials & helps. Adios.
OLD NEW



Why So Serious Babe
Posted on Saturday, August 3, 2013 at 11:50:00 PM 0 angel(s)
.



Assalamualaikum.

Khamis hari tu aku dah mula cuti. Sampailah 16 hari lepas tu baru aku mula sekolah balik then Rabu minggu tu aku ada trial SBP SPM. Aish~ Lepas ni aku terpaksa hiatus sekejap memandangkan dah nak trial. Takkanlah aku nak buat tak sedar diri nak SPM macam sebelum ni lagikan. So lepas cuti dua minggu ni, aku officially hiatus sampai habis SPM.



Hari Rabu minggu lepas; hari terakhir buka puasa di sekolah dan sememangnya yang terakhir bagi batch Valiant Generation memandangkan ni tahun terakhir kami di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu. Junior dorm aku menangis di meja makan 1 minit sebelum iftar bila dengar pelajar form 5 yang ada di sekeliling dia asyik bercakap tentang tahun ni last di sini.

          Aku faham perasaan dia. Sebab aku dulu pernah tersesat duduk dalam dorm dengan pelajar form 5 jugak. So, dua tahun dia duduk dalam dorm aku dengan semuanya pelajar form 5 selama 2 tahun. Dia mula tinggal dengan kami sejak dia baru masuk form 1 dan waktu tu kami form 4, sehingga tahun ni.

          Aku ni dahlah jenis tak boleh tengok orang menangis. Aku sebak jugaklah waktu tu tapi aku tahan. Tahan sangat-sangat. Then aku okay balik. 

Aku ingatkan lepas ni dah tak ada dah scene mengangis ni. . . 




Rupanya aku silap. Hari Khamis, kami ada sesi bersalaman sesama pelajar perempuan form 5. Aku okay ja waktu bersalam tu tak terasa apa-apa pun. Then tiba-tiba ja bila Bella nak salam aku, muka dia merah sangat. Air mata bersungai-sungai. Aku dah mula rasa sakit nak menangis tu. Aish dia ni memanglah. Then lepas salam dengan Bella ada seorang lagi selepas dia yang menangis. 

          Argh! That was too much to handle! Aku tak dapat tahan air mata dah waktu tu. Afifah dan orang lain yang nak salam dengan aku selepas tu semua tanya 'kenapa hang menangis ni?' atau 'hang pun menangis jugak?'. Aku dengar soalan diorang tapi tak terjawab. Busy lap air mata yang gedik nak keluar tu.

          Aku kata dekat Afifah yang dia keras hati lol sebab seriously muka dia ceria ja. Then selang beberapa minit, bila aku toleh tengok dia, mata dia berair dah lmao. Hidung merah. 

          Siapa tak sedih bila dah 5 tahun duduk di sekolah ni; bersama-sama rasa kesusahan menjadi batch pertama sekolah ni sewaktu sekolah ni masih lengang dan kurang dengan kemudahan lagi sampailah sekolah ni dah terlebih lengkap dengan keperluan dan dah ramai orang kenal.

          Dulu kalau bagitau pak cik teksi waktu habis outing, nak ke Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu. . . Diorang selalu tersilap dengan MRSM Kubang Pasu dan SBPI Kubang Pasu. Betapa tak ada orang kenal sekolah kami.

          Sekarang ni. . . Sebut ja KUPSIS pun dah ramai kenal.




Friendship is like candy with thousands of unpredictable flavors. Sometimes it's insanely sweet, sometimes it's obnoxiously bitter or sour or salty or creamy etc. 
But it's the type of candy that'll make you want to taste more so that you can taste all of the flavors and savors the sweetest one. 
The rest are history.

p/s: tak sangka aku boleh buat ayat cheesy macam quotes pangjang berjela ni lmfao


Labels: , , ,